Cuba Dulu Baru Beli, OPPO Adakan Program Lend2Go Untuk Anda Cuba Siri Find X2

OPPO Malaysia sedia menawarkan siri Find X2 sejak Mac yang lalu. Hadir dilengkapi dengan spesifikasi baik, ia dijual pada harga RM3999 sementara versi Pro pula dipasarkan pada nilai RM4599.

Sebelum membuat keputusan membeli peranti, sebahagian daripada kita pastinya mahu merasai sendiri pengalaman menggunakan peranti tersebut. Bagi memberi peluang itu kepada bakal pembeli, OPPO Malaysia tampil mengadakan program Lend2Go untuk membawa mana-mana model dalam siri Find X2 lebih dekat kepada anda.

Melalui program ini, 100 peserta terpilih akan disediakan dengan telefon pintar siri Find X2 secara percuma selama 20 hari. Individu yang terpilih boleh mengambil peranti dari kedai konsep OPPO yang terpilih antara 1 Jun hingga 7 Jun 2020.

Bagi melayakkan anda menyertai program LendX2Go, anda perlulah membuat bayaran deposit sebanyak RM3999 atau RM4599 (mengikut harga sebenar model) dan berumur 18 tahun dan keatas. Pembayaran hanya boleh dibuat menerusi kad kredit atau debit sahaja.

Setelah tamat 20 hari percubaan itu, anda boleh memulangkannya semula wang deposit akan dikembalikan. Sekiranya berhasrat untuk membeli, potongan harga sebanyak RM400 dan RM460 (mengikut model) akan diberikan kepada anda.

Lokasi kedai konsep yang menyertai program Lend2Go

  • Kuala Lumpur - Pavilion dan The Gardens Mall

  • Pulau Pinang - Prangin Mall

  • Johor - Mid Valley Southkey


Permohonan untuk mengikuti program ini boleh dibuat pada pautan berikut - https://www.oppo.com.my/page/LendX2GoCampaign.