Namun dengan kebangkitan permainan berkonsepkan battle royale yang menghimpunkan sebilangan besar pemain dalam satu-satu masa seperti PUBG dan Fortnite telah membuatkan kedudukan CS: GO sedikit goyah. Sehubungan itu, Valve telah memperkenalkan Danger Zone, mod terbaru dalam permainan CS: GO yang mengguna pakai konsep Battle Royale di dalam permainan mereka.
Malah, CS: GO yang berbayar sebelum ini telah ditukar kepada Free-to-Play bagi menarik minat orang untuk mencuba mod terbaru mereka. Untuk Danger Zone, seramai 18 pemain atau 16 pemain (jika bermain seorang diri) akan ditempatkan di dalam satu peta untuk satu sesi. Ini bermakna, setiap sesi permainan akan segera tamat berbanding permainan-permainan Battle Royale di luar sana.
Koleksi senjata pula akan menggunakan sistem senjata sedia ada yang ada di dalam CS: GO yang boleh dijumpai di sekitar peta. Pemain juga boleh memesan senjata sendiri dan dihantar melalui dron. Pemain boleh memesan senjata melalui tablet yang disediakan di dalam permainan yang juga berfungsi sebagai alat pengesan musuh. Semuanya boleh dilakukan dengan menggunakan wang permainan yang turut didapati di sekitar peta atau menyelamatkan karakter NPC ke kawasan selamat.
Pemain terkenal PUBG, Shroud juga turut mencuba mod terbaru ini:
https://youtu.be/J_7GrZ7PVwE
Untuk maklumat lanjut, ikuti FAQ Valve dan kepada pemain sedia ada CS: GO yang telah membeli permainan tersebut, anda akan mendapat beberapa manfaat berikutan penukaran status CS: GO kepada Free-to-Play.
Berkaitan
- Samsung Galaxy Note 8 Akan Jadi Telefon Pintar Pertama Dengan Cip Snapdragon 836??
- Liputan The International 2018 Dalam Bahasa Malaysia Oleh Tamago dan eGG Network
- Tepi Sikit Google Pixel, Kini Ada Juara Baru Dalam Kategori Kamera Telefon Pintar
- Qualcomm Snapdragon 675; Menawarkan Prestasi Fotografi Dan Gaming Bersama-Sama Teknologi AI
- WannaCry: Penggodam Telah Mengeluarkan Lebih Dari RM 607 Ribu
- Cubaan Menggodam Berjaya: Maklumat Peribadi Selebriti Dijual Di Laman Sesawang Gelap
- Sony RX0, Pencabar GoPro?
- Kamera Google Pixel Mungkin Dapat Ciri Terbaru Ini
- Pertandingan "Tilawah Bersama Bigo" Tawar Hadiah Sehingga RM3000
- Butiran Google Pixel 2 Tertiris Di Dalam Fail FCC