Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Crash Bandicoot Mobile Rasmi, Bakal Hadir Hujung Bulan Ini

Crash Bandicoot Mobile Rasmi, Bakal Hadir Hujung Bulan Ini

Diterbitkan Mac 3, 2021 oleh Amsyar Latif

Semakin hari semakin banyak permainan video yang asalnya dari konsol atau PC, kini ditawarkan pula dalam versi mudah alih.

Jika sebelum ini Final Fantasy VII akan temui peminatnya untuk gamer di telefon pintar, terbaru, Crash Bandicoot akan turut serta dalam arena permainan mudah alih.

Pengumuman ini dibuat Activision yang mana permainan ini bakal tiba untuk iOS dan Android pada 25 Mac ini.

Tambahan lagi, bagi yang membuat pra-pendaftaran awal akan menerima barang kosmetik iaitu Blue Hyena Crash Skin apabila ia dilancarkan secara rasmi nanti.

https://www.youtube.com/watch?v=9ANFvaAzHd4&feature=emb_title

Permainan yang diberi nama Crash Bandicoot: On The Run adalah sebuah permainan dengan corak berlari tanpa henti. Jika anda perasan, ia mirip Temple Run.

Selain itu, pemain akan meneroka banyak peringkat klasik permainan ini sepertiĀ Temple Ruins, Turtle Woods, Bear ItĀ dan banyak lagi.

Pemain juga akan bertarung dengan bos, membuat senjata baru dan dapat bermain dengan rakan-rakan.

Buat pengetahuan, Crash Bandicoot ini adalah siri klasik ekslusif untuk konsol PlayStation sejak awal 90-an lagi yang dibangunkan Naughty Dog.

Namun, francais permainan Crash Bandicoot kini dimiliki dan diterbitkan Activision.

Sumber: NME

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY