CPU Coffee Lake Intel Tertiris Dalam Satu Acara

Satu gambar dapat menceritakan seribu kisah dan dalam kes ini dapat mengesahkan spekulasi selama ini tentang Coffee Lake Intel yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Intel bakal mengeluarkan CPU empat teras i3, enam teras i5 dan enam teras i7.



Garisan melintang antara 2 kolum menunjukkan penambahbaikan dalam aplikasi thread tunggal danĀ multi-thread. Garisan menegak pula menunjukkan penambahbaikan apabila bergerak antara cip berbeza.

Dan untuk Skylake-SP/Skylake-X tidak kelihatan untuk Coffee Lake. i7-8700K disenaraikan dengan 12MB RAm, perkara yang diharapkan untuk cip yang mempunyai 2 teras tambahan.

Prestasi Multi-thread akan meningkat setelah Intel membuat keputusan untuk menaikkan ke 6 teras dari 4 teras. Cip i5 kini dengan 6 teras tanpa Hyper-Threading dan i3 pula dengan 4 teras juga tanpa Hyper-Threading.

Coffee Lake adalah produk pembaharuan terbesar Intel untuk beberapa tahun ini selepas mereka perkembangan statik untuk 5 tahun kebelakangan ini. Dengan AMD melancarkan Ryzen 7, 5, dan 3 untuk tahun ini, nampaknya Intel sudah mempunyai saingan baru untuk pasaran CPU mereka.

Sumber