Covid-19: Pelajar Di Jepun Raikan Majlis Graduasi Dalam Permainan Minecraft

Dengan langkah penjarakkan sosial yang diambil lantaran wabak Covid-19 yang menular, secara tidak langsung lebih ramai orang yang terpaksa duduk di rumah untuk kerja ataupun belajar. Ia juga bermaksud perhimpunan beramai-ramai juga terpaksa dibatalkan atau ditunda, contohnya majlis graduasi. Di Jepun, walau bagaimanapun, pelajar di sana menghasilkan satu cara yang menarik untuk kekal berhimpun dalam penularan virus tersebut.

Apa yang dilakukan oleh mereka adalah mengadakan majlis graduasi tersebut dalam permainan PC Minecraft. Seorang pengguna Twitter Jepun @backyennew menunjukkan majlis graduasi maya anaknya yang dijayakan bersama rakan-rakannya. Menariknya, majlis itu diacarakan dengan usaha pelajar-pelajar tersebut, dan bukannya disuruh oleh guru ataupun fakulti mereka.

https://twitter.com/backyennew/status/1238716760552964098

Menurut terjemahan kicauan itu, "Mereka menghabiskan masa bermain permainan bersama dan bergelak ketawa. Saya seronok melihat mereka bergembira. Dewan perhimpunan graduasi itu juga sangat terperinci."

https://twitter.com/backyennew/status/1238723128940834816?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1238723128940834816&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.ubergizmo.com%2F2020%2F03%2Fstudents-japan-graduation-minecraft%2F

Peralihan perhimpunan dan perjumpaan secara maya semakin popular lebih-lebih lagi pada waktu Covid-19 ini disebabkan ia alternatif terbaik berbanding perjumpaan fizikal. Syarikat besar seperti Apple dan Google pun turut sama hanya membuat pelancaran secara atas talian sebagai alternatif mereka.

Sumber: soranews