Counterpoint Iktiraf Oppo Sebagai Peneraju Telefon Pintar Premium

Counterpoint, pengkaji pasaran teknologi telah mengiktiraf Oppo sebagai peneraju dalam pasaran telefon pintar premium bawahan di dunia. Keputusan ini dibuat apabila Oppo dilihat muncul sebagai pemegang pasaran terbesar bagi telefon pintar premium kelas bawahan.

Kredit : Counterpoint


Menurut laporan kajian yang dibuat, Oppo dan Apple masing-masing memegang 22% daripada pasaran telefon pintar pada kumpulan harga $400 ke $600. Mereka mengatasi syarikat terkemuka lain seperti Samsung, Huawei, Xiaomi dan OnePlus.

Kejayaan pihak Oppo ini dikatakan berpunca daripada kemampuan mereka untuk menarik minat golongan muda bagi membeli peranti keluaran mereka. Reka bentuk yang cantik dan menarik ternyata menyumbang kepada kejayaan ini.

Sepanjang tahun 2018, Oppo telah memperkenalkan beberapa teknologi baru seperti kamera 3D dengan keupayaan AI, pengecasan pantas SuperVOOC serta banyak lagi.

Kredit : Gadget Match


Pelancaran Oppo Find X sebagai antara peranti terawal yang menggunakan sistem kamera mekanikal turut menjadi faktor penyumbang. Dengan pengiktirafan ini, Oppo berjanji akan terus menaiktaraf peranti mereka dari semasa ke semasa bagi memenuhi kehendak pelanggan.

 

Sumber : Oppo