Coros LINX, Helmet Pintar Bersama Fon Telinga Di Dalam

Syarikat dari Seattle bernama Coros tampil dengan Helmet Pintar yang diberi nama Coros LINX. LINX ialah sebuah helmet basikal yang direka bersama alat kawalan yang di letakkan di pemegang basikal.

LINX dilengkapi dengan dua buah rangka pembesar suara di dalam. Pengguna dapat mendengar lagu, menjawab panggilan, arah tuju, jarak perjalanan dan lain lain. Namun telinga pengguna masih dapat mendengar suara dari luar untuk tujuan keselamatan seperti hon kereta atau bunyi bencana alam.



Helmet LINX ini dibuat dengan menggunakan rekaan helmet basikal sebenar. Ianya mempunyai fungsi aerodynamic dan ciri keselamatan seperti helmet yang lain.

Helmet ini boleh disambungkan ke peranti telefon pintar Apple atau Android dengan menggunakan sambungan Bluetooth. Ianya mempunyai jangka hayat bateri selama 10 jam dan mampu dicas menggunakan USB.



Dengan LINX, pengguna boleh menetapkan destinasi pilihan menggunakan aplikasi mereka. Helmet ini juga boleh menetapkan berapa jarak (meter) untuk amaran arah sebelum tiba di setiap simpang dihadapan.

Ianya juga dilengkapi dengan panggilan kecemasan untuk memudahkan anda membuat panggilan jika berhadapan dengan situasi yang tidak diingini. LINX memiliki fungsi walkie-talkie untuk berhubung dengan rakan rakan yang turut sama berbasikal. Senang untuk berkomunikasi.



Sumber

Berkaitan