Corning Gorilla Glass 6 Diperkenalkan, Mampu Tahan 15 Kali Jatuhan

Menggantikan paparan skrin peranti yang retak menjadi semakin mahal pada hari ini, jadi daya tahannya adalah amat penting. Sehubungan itu, syarikat pengeluar panel skrin dari Amerika, Corning telah memperkenalkan Gorilla Glass 6 bagi menyambung delegasi Gorilla Glass 5.

Gorilla Glass menjadi satu panel yang sangat penting dalam memastikan skrin bukan sahaja mendapat lebih sedikit kesan calar, malah ia juga bagi membantu melindungi bahagian dalaman skrin paparan sekiranya peranti terjatuh atau terlepas daripada genggaman pengguna.

Kredit: Lowyat.net


Corning dalam kiriman di laman sesawang mereka mendakwa, Gorilla Glass 6 mampu bertahan sebanyak 15 kali jatuhan jika terjatuh daripada ketinggian 1 meter dan ke bawah. Ia juga dikatakan mempunyai daya tahan dua kali ganda berbanding Gorilla Glass 5.

Panel ini dijangka akan mula dipasang pada peranti-peranti yang akan dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang. Malah terdapat juga laporan mengatakan Apple mahu menggunakan panel kaca ini bagi melindungi paparan skrin model iPhone mereka yang dikatakan akan diperkenalkan hujung tahun ini.

Sumber