COO Nokia Meletakkan Jawatan Selepas 8 Bulan Bersama Syarikat Itu

Nokia, sebuah syarikat pembuat alatan telekomunikasi dari Finland telah mengesahkan yang pegawai eksekutif operasi mereka, Monika Maurer akan meninggalkan syarikat tersebut. Maurer keluar selepas hanya 8 bulan bersama dengan bekas gergasi teknologi tersebut.



Dia yang dinaikkan pangkat ke COO pada bulan April lalu akan membantu penggantinya, Joerg Erlemeier dalam fasa peralihan.

Nokia terus menghadapi kesukaran untuk kekal relevan di dalam industri telekomunikasi selepas dunia sedang bergerak masuk ke generasi telekomunikasi ke-5 dan permintaan untuk alatan telekomunikasi 4G dan ke bawah semakin berkurang.

Nokia yang sebelum ini terkenal dengan peranti telefon mobil mereka, juga sedang membangunkan kembali divisyen peranti telefon pintar mereka. Berita sebegini bakal memberi sedikit kesan buruk kepada pembangunan Nokia secara keseluruhan.

Sumber