Kualiti audio Samsung Galaxy Buds didakwa lebih baik berbanding Apple Airpods Pro.
Laman pengguna terkenal, Consumer Report telah memilih fon telinga tanpa wayar dari Samsung iaitu Galaxy Buds Berbanding Apple AirPods Pro untuk disyorkan kepada para pengguna.
Menerusi ujian yang dilakukan, walaupun Consumer Reports memberikan pujian melangit ke atas AirPods Pro dari aspek penambah baikan dari model AirPods generasi kedua, khususnya terhadap ciri pembatalan hingarnya. Tetapi Consumer Reports percaya Samsung Galaxy Buds menyampaikan kualiti bunyi yang lebih baik.
"...while the AirPods Pro sound far better than Apple’s earlier models, they still don’t meet the audio quality of our top pick for true wireless sound, the Samsung Galaxy Buds...". Consumer Reports.
Malah Consumer Reports menambah, Samsung Galaxy Buds adalah jauh lebih murah dan walaupun tanpa teknologi pembatalan hingar, peranti fon telinga tanpa wayar itu masih memberikan kualiti yang lebih baik dari AirPods Pro.
Samsung Galaxy Buds berharga RM499.00. Manakala Apple AirPods Pro pula berharga RM1099.00 (masih belum memasuki pasaran Malaysia).
Berkaitan
- Pepijat Pada WhatsApp Didakwa Membolehkan Format Fail MP4 Diprogram Bagi Memasang Perisian Intip Ke Dalam Peranti Pintar
- Samsung Bakal Lancar Telefon Pintar Boleh Lipat Eksklusif Warna Emas Di China
- Intel Menggunakan Struktur Nombor Baru Bagi Cip Pemprosesan Mereka
- Penyelidik Mendakwa Terdapat Kecacatan Keselamatan Kritikal Pada 100 Juta Telefon Pintar Samsung
- Intel Akan Melancarkan Cip Pemprosesan Edisi Marvel Avengers
- Selepas 14 Tahun, Intel Bersedia Gugurkan Cip Pemprosesan Siri 'Core i'
- Pra Tempah Galaxy Z Flip3 5G Sekarang Dan Terima e-Baucar Bernilai RM600
- Kemas Kini Akan Datang Betulkan Isu "washed out" Skrin Galaxy S24
- Televisyen Xiaomi Mi Full Screen TV Pro Hanya Berharga Dari ~RM880
- Huawei Mengesahkan Tarikh Pelancaran Cip Pemprosesan Kirin 990