Consumer Reports: iPhone X Menawarkan Kamera Telefon Pintar Terbaik

Beberapa hari lepas Consumer Reports ada berkongsi satu senarai telefon pintar yang dilengkapi dengan tetapan kamera terbaik dipasaran.

Agensi tersebut dahulu pernah dilabel tidak berlaku adil kepada jenama Apple tetapi berdasarkan senarai terbaru itu, ia mengubah sedikit sebanyak mengubah tanggapan sebelum ini.

Sebanyak 10 jenis model telefon pintar telah diuji prestasi kameranya dari segi nilai resolusi, kepelbagaian dinamik, ketepatan warna dan gangguan visual. Dibawah adalah 10 model yang berjaya tersenarai sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik.

  1. Apple iPhone X

  2. Apple iPhone 8

  3. Apple iPhone 8 Plus

  4. Samsung Galaxy S8+

  5. Apple iPhone 7

  6. Apple iPhone 6s Plus

  7. Samsung Galaxy S8

  8. Samsung Galaxy Note8

  9. Apple iPhone 7 Plus

  10. Samsung Galaxy S8 Active


Dapat dilihat produk Apple memonopoli senarai dan tiga tangga teratas turut dihuni jenama tersebut.

Walaubagaimanapun senarai ini menimbulkan sedikit tanda tanya kerana tidak kelihatan langsung Pixel 2 yang sebelum ini disebut sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik.

Sumber: Consumer Reports