Consumer Report: Papan Iklan Digital Jejak Data Orang Ramai Untuk Paparkan Iklan Yang Sesuai

Papan iklan digital cukup banyak menghiasi bangunan-bangunan ditengah kotaraya. Bukan itu sahaja, skrin digital  tersebut itu juga memenuhi ruang lain sama ada di gym, tepi jalan dan lain-lain kawasan yang strategik. Dalam asyik kita melihat ia memaparkan kandungan iklan, ada perkara yang tersembunyi disebaliknya. Ia mengesan data pengguna untuk menyasarkan iklan yang sesuai kepada orang ramai yang berada disekitarnya.

Pendedahan ini dibuat oleh CEO platform pengiklanan Five Tier, Frank O'Brien berdasarkan laporan daripada Consumer Reports, dimana terdapat papan iklan digital menjejak pengguna secara masa sebenar.

Jika iklan pada peranti pintar "tahu" (cookies) apa yang kita gemari atau sedang cari, papan iklan digital juga nampaknya berkebolehan untuk melakukan perkara yang sama.

Menurut O'Brien, papan iklan digital menggunakan sensor dan teknologi yang boleh mengesan nombor ID dari telefon pintar milik pengguna yang lalu berhampiran.

"..many of the billboards and screens towering over our heads in every direction know a lot about who we are." jelas O'Brien dalam laporan tersebut.

Kita mungkin beranggapan kitaran atau perubahan iklan yang dimainkan itu sudah ditetapkan lebih awal, tetapi laporan menyatakan ia berubah berdasarkan orang ramai yang lalu-lalang disekitarnya.

Data-data seperti umur, jantina, bangsa, pekerjaan, kegemaran, tabiat beli-belah boleh digunakan syarikat pengiklanan seperti Five Tier dalam pertukaran setiap paparan iklan digital tersebut.

Ia juga digunakan untuk menentukan masa bilakah sesuatu iklan sesuai untuk dipaparkan. Contohnya, golongan muda akan berada dikawasan paparan digital itu pada Sabtu malam, jadi iklan yang disasarkan untuk peringkat umur tersebut akan dimainkan.

O'Brien turut berpendapat, out-of-home advertising atau pengiklanan visual diluar rumah ini perlu dikawal selia seperti industri-industri lain. Walaupun tidak menyukainya, orang ramai tidak mempunyai pilihan untuk mengatasi perkara tersebut. “I don't think there’s anything you can do about it,” tambah O'Brien. Laporan penuh boleh baca disini - Consumer Report: Digital Billboards Are Tracking You. And They Really, Really Want You to See Their Ads.

Berkaitan