Consumer Report: iPhone XS Dan XS Max Lebih Baik Daripada Sebelumnya, Tetapi Samsung Galaxy Note 9 Masih Raja

Consumer Reports beberapa hari lepas telah mengeluarkan satu laporan berkenaan ujian yang dilakukan keatas dua model baru Apple.

Model yang disebutkan adalah iPhone XS dan XS Max yang mana hasil kajian menunjukkan kedua-duanya membawakan prestasi yang lebih baik berbanding iPhone X.

Ujian merangkumi aspek jangka hayat bateri, kualiti kamera yang ditambah baik serta prestasi kelajuan.

Walaupunbegitu iPhone keluaran 2018 ini menunjukkan peningkatan yang positif, ia masih ketinggalan dibelakang Galaxy Note 9.

Memetik laporan, Consumer Report membuat ujian pengecasan dimana iPhone XS mengecas dari 0% hingga 100% selama 195 minit. Sementara itu iPhone XS Max pula mengambil masa sehingga 210 minit. Untuk perbandingan Samsung Galaxy Note hanya memerlukan 105 minit untuk penuh.

Dari segi ketahanan pula, pengguna mungkin lebih lega kerana, iPhone XS dan XS Max boleh bertahan selepas beberapa jatuhan. Namun begitu, ujian daripada Consumer Reports menyatakan Galaxy Note 9 dilihat lebih lasak.

Maklumat penuh tentang laporan Consumer Report boleh dibaca disini.

Sumber: Consumer Reports dan PhoneArena

Kredit foto utama: Tercius Bufete