ComReg Menyenaraikan Telefon Terbaik Dan Terburuk Dari Segi Penerimaan Isyarat Panggilan

Tidak semua telefon pintar yang dibangunkan sama dari segi penerimaan isyarat panggilan. Ada yang baik dan ada yang tidak.

ComReg sebuah badan kawal selia komunikasi dari Ireland telah menjalankan ujian melibatkan sejumlah 32 telefon pintar dari pelbagai jenama yang mempunyai tahap penerimaan panggilan. Senarai itu memfokuskan kepada peranti yang popular digunakan di Ireland.

Ujian dilakukan berdasarkan aduan-aduan pengguna di negara itu yang menyatakan isyarat panggilan telefon pintar mereka lemah.

Samsung menunjukkan prestasi yang baik sementara Apple dilihat berada pada tahap sederhana sahaja.

Untuk makluman, ujian ini dijalankan dengan menggunakan GSM900 oleh kerana rangkaian 2G masih digunakan secara meluas di sana. Mungkin senarai prestasi memberi sedikit sebanyak keupayaan prestasi rangkaian telefon anda.



Sumber: ComReg