Command & Conquer Remastered Collection Versi 4K Akan Lancar Pada 6 Jun 2020, Harga RM 79

Permainan video Command & Conquer yang telah dikemaskini dengan bantuan Lemon Sky Studios Malaysia akan dilancarkan pada 6 Jun ini.  Menurut Steam, pengguna boleh dapatkannya secara pra-tempah dengan harga RM79.

Versi ini termasuk versi 4K remastered permainan asas Command & Conquer, tiga expansion packs dan mod multiplayer yang dibina semula.

command conquer

Bagi memainkannya, pengguna memerlukan spesifikasi minimum seperti:

  • sistem operasi 64-bit Windows 8.1 atau 10 (ia hanya boleh dimainkan pada Windows sahaja),

  • cip pemprosesan AMD Athlon 64 X2 4600 @ 2.4ghz atau Intel Core 2 Duo E4600 @ 2.4ghz atau lebih baik ,

  • RAM 4GB,

  • grafik AMD Radeon HD 5570 atau Nvidia GT 420 dan ke atas serta,

  • storan HDD 32GB.


Permainan video yang telah mencecah usia 25 tahun ini dinaik taraf oleh bekas penciptanya dari Westwood Studios dan pasukannya. Ia juga termasuk pencipta francais Joe Bostic, ketua programmer Steve Tall dan jurutera audio Mike Legg.

Naik taraf kali ini melibatkan UI, map editor, galeri bonus rakaman video yang belum dilancarkan dan lebih tujuh jam muzik remastered oleh komposer asal Frank Klepacki.

Untuk pra-tempah boleh ke platform Steam.