Codec VVC H.266 Telah Tiba Membawakan Saiz Fail 50% Lebih Kecil Berbanding HEVC H.265

Fraunhofer HHI pada hari ini telah mengumumkan codec terbaharu Versaile Video Codec (H.266/VVC) sebagai pengganti kepada H.265 HEVC.

Pada masa ini, ramai yang sudah menggunakan codec H.265 disebabkan saiz yang lebih kecil. Ini menjadikan fail lebih mudah untuk dimuat naik atau dimuat turun serta dipindahkan dari satu sistem ke sistem yang lain.

Dengan H.266, ia membawakan lebih peningkatan kerana fail adalah 50% lebih kecil dari H.265 pada masa yang sama kualiti adalah tidak terjejas.

Versatile Video Codec (H.266) finalized, will produce 50% smaller files than HEVC (H.265)

Ketibaan codec ini juga agak penting memandangkan sekarang lebih banyak kandungan berunsurkan 4K, 8K, video 360 dan HDR yang banyak menggunakan data.

 

Secara tidak langsung pada masa akan datang, penggunaan data dalam pelan internet lebih menjimatkan dengan penggunaan codec ini. Walau bagaimanapun, ia mungkin akan mengambil masa agak lama untuk implementasi lebih meluas. Lihat sahaja codec H.256 yang diumumkan pada tahun 2013, namun hanya disokong oleh syarikat seperti Apple pad iOS 11 pada tahun 2017.

Sumber: Frauhofer HHI

Berkaitan