COCORO Life, Platform E-Perkhidmatan Baharu Dari SHARP Dan PUC

Sharp Electronics Malaysia hari ini akan melancarkan Cocoro Life - ekosistem gaya hidup bersepadu digital menggunakan AI dan teknologi IoT.

Ia menyediakan e-Perkhidmatan untuk produk rumah dan pejabat dari SHARP.



Bagi merealisasikan perkara ini, SHARP telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan PUC Berhad untuk kembangkan, mempromosi dan laksanakan Cocoro Life.

Cocoro Life adalah e-Perkhidmatan dikuasakan AI dan platform CRM yang berikan pengguna SHARP aktifkan jaminan produk mereka dengan cepat dan lancar.

Ia juga berikan pelanggan pantau status perkhidmatan dan penyelenggaraan produk mereka serta diberitahu mengenai status jaminan produk.

Cocoro Life juga bertujuan untuk tingkatkan masa pemulihan perkhidmatan pembaikan produk SHARP.

Ia sudah dilancarkan di Jepun dan akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Januari 2021.

SHARP turut menyasarkan sebanyak 500,000 ahli yang akan berdaftar dengan Cocoro Life. Ahli yang telah sertai akan menikmati pelbagai ganjaran dan faedah yang ditawarkan SHARP.