Ciri 'Walkie Talkie' Kini Boleh Digunakan Semula Pada Apple Watch

Kemas kini terbaru bagi peranti Apple Watch dan Apple TV.

Selepas hampir 2 minggu Apple mematikan ciri 'Walkie Talkie' pada peranti Apple Watch, kemas kini terbaru watchOS 5.3 yang dilepaskan hari ini telah membolehkan semula penguna menggunakan ciri tersebut.

Sebelum ini laporan mendakwa individu lain boleh mendengar perbualan yang sedang berlaku menerusi iPhone antara 2 orang yang sedang menggunakan ciri ‘Walkie Talkie’ pada Apple Watch.

Jadi, kepada pengguna Apple Watch Series 1 dan terbaru, anda bolehlah mengemas kini peranti tersebut menerusi aplikasi Apple Watch yang terdapat di dalam iPhone. Pastikan juga kapasiti bateri peranti Apple Watch anda tidak kurang dari 50% sebelum memulakan proses kemas kini.

Berikut adalah senarai peranti Apple Watch yang menyokong watchOS 5.3 (Build 16U569 & Build 16U6569):-

  • watchOS 5.3 (Build 16U569 ):-

    • Apple Watch Series 2 (38mm) (Watch2,3)

    • Apple Watch Series 2 (42mm) (Watch2,4)

    • Apple Watch Series 1 (38mm) (Watch2,6)

    • Apple Watch Series 1 (42mm) (Watch2,7)

    • Apple Watch Series 3 (38mm, LTE) (Watch3,1)

    • Apple Watch Series 3 (42mm, LTE) (Watch3,2)

    • Apple Watch Series 3 (38mm) (Watch3,3)

    • Apple Watch Series 3 (42mm) (Watch3,4)

    • Apple Watch Series 4 (40mm) (Watch4,1)

    • Apple Watch Series 4 (44mm) (Watch4,2)

    • Apple Watch Series 4 (40mm, LTE) (Watch4,3)

    • Apple Watch Series 4 (44mm, LTE) (Watch4,4)

  • watchOS 5.3 (Build 16U6569)

Anda boleh menyemak senarai penuh kandungan kemas kini Apple Watch ini di laman muka About the security content of watchOS 5.3.

tvOS 12.4

Selain kemas kini di atas, Apple juga turut melepaskan kemas kini bagi pengguna peranti Apple TV. Versi perisian Apple TV 7.3.1 dilepaskan bagi pengguna Apple TV Generasi Ke-3.

Manakala tvOS 12.4 pula untuk Apple TV 4K dan Apple TV HD. Walaubagaimanapun setakat ini tiada makluman rasmi dari Apple tentang ciri-ciri baru yang dimuatkan dalam kemas kini tersebut.

Semakan yang dibuat pada laman muka About the security content of tvOS 12.4 pula hanya menyenaraikan penambahbaikan terhadap ciri keselamatan tvOS sahaja.