Ciri Tukar Nama Profil PSN Bakal Hadir Tidak Lama Lagi

PlayStation Network atau lebih dikenali sebagai PSN merupakan servis hiburan yang diperkenalkan oleh Sony pada 2016 lalu.

Diawal pengenalannya, ia menghimpunkan permainan video konsol tetapi telah berkembang dari tahun ke tahun dengan penawaran untuk telefon pintar, tablet, dan kandungan televisyen berdefinisi tinggi.

Antara keluhan kepada pengguna servis ini adalah ketidakupayaan mereka untuk mengubah nama profil. Mungkin ada diantara pengguna yang menyesal kerana meletakkan nama-nama pelik ketika awal pendaftaran.

Memetik laporan daripada laman Kotaku, ciri mengubah nama pada profil PSN bakal dihadirkan tidak lama lagi.

Salah seorang sumber yang berkait rapat dengan hal ini telah berkongsikan informasi daripada dokumen dalaman Sony. Dokumen ada menyebut tentang fungsi "edit username".

Dikatakan, ciri ini akan mula dilaksanakan menerusi kemaskini firmware PS4 6.0.

Sumber: Kotaku via MyGameOn