Ciri Terbaru Instagram Memudahkan Pengguna Membeli-belah



Platform perkongsian gambar, Instagram bakal menampilkan fungsi baharu yang akan memudahkan penggunanya membeli belah menerusi aplikasi media sosialnya tidak lama lagi.



Syarikat itu dilaporkan bakal mengemaskini aplikasi mereka untuk lebih mesra bisnes dengan menambah butang "Contact" yang akan akan memudahkan pelanggan berhubung secara terus dengan peniaga samada menerusi emel atau aplikasi mesej. Dengan ini, peniaga akan lebih mudah menjawab segala pertanyaan bakal pembeli.



Ciri-ciri terbaru ini bakal dinikmati bagi pengguna Instagram di eropah, diikuti dengan Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat terlebih dahulu.Dijadualkan pengguna seluruh dunia dapat mengemaskini ciri-ciri itu tidak lama lagi.



Selain dari penambahan butang "Contact", kemaskini Instagram bakal menyediakan kemudahan analisis yang memudahkan peniaga mengenal pasti gambar mana yang mendapat sambutan hangat.