Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Chrome Akan Membolehkan Ciri Mod Gelap Diaktifkan Pada Semua Laman Sesawang

Ciri Tangkap Layar Dalam Mod Incognito Pelayar Chrome Mungkin Akan Kembali

Diterbitkan November 27, 2020 oleh ariff bukhari

Membuat tangkap layar pada paparan pelayar Chrome boleh dilakukan dalam mod biasa oleh pengguna peranti Android.

Tetapi dalam mod privasi iaitu mod incognito Chrome, pengguna Android tidak boleh membuat tangkap layar pada paparan pelayar tersebut.

Jika anda cuba membuat tangkap layar pada mod incognito Chrome, anda akan mendapat mesej “Screenshot are not permitted on this screen“.

Sebelum ini membuat tangkap layar dalam mod incognito boleh dibuat pengguna. Tetapi dalam tahun 2018 dahulu, Google telah membuang ciri tersebut atas alasan privasi.

Tetapi kini dilaporkan Google mungkin akan kembali menawarkan ciri tangkap layar dalam mod incognito Chrome pada masa akan datang.

Ia berdasarkan kepada tetapan ciri itu yang kembali ditawarkan pada versi pelayar Chrome Canary.

Anda boleh mencuba sendiri dengan memuat turun aplikasi Chrome Canary dari Google Play Store dan aktifkan ciri Incognito screenshot.

Anda perlu mengaktifkannya dengan menaipĀ ‘chrome://flags’ dalam bar alamat Chrome.

Pelayar Chrome Canary adalah versi pembangun sebelum sesuatu ciri baru ditawarkan pada semua pengguna menerusi Google Chrome.

Sumber: Techdows

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY