Ciri berkenaan diaktifkan Microsoft secara berperingkat kepada semua pengguna.
Microsoft memaklumkan bermula hari ini, mereka mula mengaktifkan ciri keselamatan 'Tamper Protection' pada Windows 10 secara default kepada semua pengguna umum dan perusahaan.
Tamper Protection adalah ciri keselamatan yang mula diperkenalkan menerusi kemas kini versi Windows 10 1903 (May 2019 Update). Ia adalah sebahagian ciri perlindungan Windows Defender antivirus yang melindungi pengguna komputer sistem operasi Windows 10 daripada serangan perisian hasad atau aplikasi pihak ketiga yang meragukan.
"Tamper Protection in Windows Security helps prevent malicious apps from changing important Windows Defender Antivirus settings, including real-time protection and cloud-delivered protection."
Tetapan ciri Tamper Protection boleh diakses menerusi Settings > Update & Security > Windows Security > Virus & Threat Protection > Manage Settings > Tamper Protection.
Sekiranya anda dapati ciri tersebut tidak diaktifkan lagi, anda bolehlah mengemas kini Windows 10 anda kepada versi terkini.
Microsoft juga memaklumkan, ciri Tamper Protection akan diaktifkan secara automatik oleh pihak mereka kepada semua pengguna Windows 10 secara berperingkat.
Berkaitan
- Microsoft Defender Windows 10 Kini Dilengkapi Pengimbas Serangan Firmware
- iPhone 11 Dijangka Akan Diperkenalkan Pada 10 September Ini
- Mi 10T Dan Mi 10T Pro Terima Kemas Kini Terbaru MIUI 12.5.3
- Satelit Prototaip Berjaya Sampaikan Kelajuan Muat Turun 10Mbps Pada Peranti Di Kawasan Tanpa Liputan
- Ciri Keselamatan Windows 7 Masih Akan Terus Dikemas Kini Walaupun Selepas Microsoft Menamatkan Sokongannya
- Intel Mengacah Rupa Kad Grafik Arc 'Alchemist' Dengan Menerbangkan 1000 Unit Dron
- Ini Cara Memasang Google Play Games Beta Di PC Windows Anda
- Ini Senarai Cip Pemprosesan Intel Dan AMD Yang Menyokong Sistem Operasi Windows 11
- Ini Senarai Papan Litar BIOSTAR Yang Tersedia Menyokong Windows 11
- Windows 12 Didakwa Akan Tiba Tahun Depan