Eksperimen ciri memberi reaksi seumpama di Facebook rasanya bukan lagi satu rahsia di WhatsApp.
Bagi yang mengikuti rapat perkembangan ciri baharu yang diuji pada versi Beta, anda pastinya tidak hairan dengan pengenalan ciri ini untuk semua pengguna.
Mark Zuckerberg di akaun Facebook-nya telah mengumumkan ciri memberi reaksi dalam perbualan di WhatsApp sudah dilepaskan untuk kesemua pengguna mulai semalam, 5 Mei 2022.
Untuk menggunakannya, kemas kini WhatsApp anda ke versi terkini.
Kemudian, anda hanya perlu tekan pada sesebuah mesej dalam chat buat beberapa saat dan 6 emoji akan tersedia. Ia sama seperti yang hadir di Facebook.
WhatsApp dah boleh react message 😂 siapa yang dry texter xtau nak reply apa tu boleh la react je tak reply tanpa rasa bersalah lepas ni 😂😂😂 pic.twitter.com/B1ipVg6UXP
— 🇵🇸 ميرذا مصطفى 🇲🇾 (@mirzamustafa3) May 6, 2022
Melalui tinjuan kami, sesetengah pengguna di Malaysia sudah menerimanya namun sebahagian lain masih tertunggu-tunggu.
Usah risau, ini bermakna ia akan tersedia dalam beberapa hari lagi.
Berita baiknya, sebuah lagi ciri iaitu kemampuan kumpulan WhatsApp untuk menampung sehingga 512 peserta sudah pun dapat dinikmati pengguna tempatan.
Jadi, apakah anda sudah menerimanya dan gemar dengan ciri baharu ini?
Berkaitan
- WhatsApp Uji Penggunaan Avatar Untuk "Video Call" Dan Gambar Profil
- WhatsApp Communities Mula Tersedia, Ini Yang Anda Harus Tahu
- WhatsApp Ada Kemaskini Baru, Padam Perbualan Secara Automatik Dalam 24 Jam
- Aplikasi Natif WhatsApp Untuk macOS Sedia Dimuat Turun Sekarang
- Selalu 'Typo'? Ciri Suntingan Mesej Di WhatsApp Sedang Diuji Pada Android
- Mirip Telegram, Pengguna WhatsApp Boleh Pilih Siapa Dibenarkan Lihat Status 'Last Seen', Gambar Profil
- WhatsApp Kata 2022 Ialah Tahun Inovasi Terbesar Mereka, Ini 23 Ciri Baharu Telah Diperkenal
- WhatsApp Uji Ciri Baharu, Tak Perlu 'Save' Nombor Untuk Hantar Mesej
- Pengguna WhatsApp Kelak Boleh 'Forward' Gambar Bersama Kapsyen Asal
- Kemas Kini Terbaru WhatsApp Di iOS Selesaikan Isu Besar Ini