Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fortnite RTX On

Ciri Ray Tracing Akan Hadir Dalam Fortnite Di PC Bulan Ini

Diterbitkan September 2, 2020 oleh Amsyar Latif

Nvidia baru sahaja mengumumkan kad grafik mereka yang terbaharu malam tadi iaitu RTX 3070, RTX 3080 dan RTX 3090.

Pada masa yang sama, Nvidia dan Epic Games juga mengumumkan penambahan fungsi ray tracing, ke dalam siri battle royale terkenal iaitu Fortnite.

Ciri Ray Tracing Akan Hadir Dalam Fortnite Di PC Bulan Ini

Selain itu, fungsi lain yang hadir adalah nvidia DLSS dan teknologi lain supaya visual permainan tersebut lebih cantik dan responsif.

Nvidia RTX merupakan satu-satunya kad grafik yang mempunyai ciri-ciri ray tracing buat masa sekarang dan pemain Fortnite akan dapat merasai fungsi ini dalam kesemua mod dalam permainan tersebut.

Terdapat juga mod tambahan iaitu RTX Treasure Run di mana mod ini akan memfokuskan ciri ray tracing dalam Fortnite.

Ciri Ray Tracing Akan Hadir Dalam Fortnite Di PC Bulan Ini

Empat ciri ray traced akan hadir dalam permainan ini iaitu pantulan, bayang-bayang, pencahayaan global dan ambient occlusion.

Pemain boleh merasai kesemua ciri ini dengan menggunakan kad grafik nvidia siri RTX dan akan tiba dalam Fortnite chapter 2 season 4 hanya di PC.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
©2026 WISER.MY