Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Carian Google Di Komputer Akan Terima Tema Gelap

Ciri Q&A Pada Carian Google Akan Dimansuhkan

Diterbitkan April 27, 2021 oleh ariff bukhari

Google baru-baru ini memaklumkan bahawa mereka tidak akan lagi menawarkan ciri tanya dan jawab (Q&A) pada Carian Google.

Pemansuhan ciri tersebut dijadualkan akan bermula daripada 30 Jun 2021 nanti. Ini bermakna, selepas dari tarikh tersebut, anda tidak lagi boleh mendapatkan jawapan dan bertanyakan soalan melalui ciri Carian Google.

Tetapi anda masih boleh memuat turun salinan soalan dan jawapan yang telah anda sumbangkan di Google Takeout dan pilih  Search contributions sebelum 30 Jun nanti untuk membuat rekod bagi semua sumbangan anda termasuklah soalan dan jawapan yang pernah anda berikan sebelum ini.

Pada yang belum tahu, Carian Google membolehkan anda mengemukakan dan menjawab soalan tentang perkara yang telah anda cari sebelum ini.

Ciri Q&A itu akan dipaparkan di ruang hasil carian bagi soalan yang dikemukan.

Sumber: Make Use Of

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY