Ciri Perkongsian Fail Seakan AirDrop Akan Diperkenalkan Kepada Pengguna Android

Ciri tersebut dikenali sebagai 'Nearby Sharing' buat masa ini.


Laman XDA Developers telah berkongsikan video yang memaparkan ciri perkongsian fail terbaru yang akan ditawarkan kepada pengguna Android.

Ciri yang dikenali sebagai 'Nearby Sharing' ini masih dalam peringkat pembangunan oleh Google.

Bagi pengguna iPhone, ciri tersebut memang tidak asing kepada mereka kerana Nearby Sharing amat menyerupai ciri AirDrop yang telah pun diperkenalkan Apple kepada pengguna iPhone, iPad, iPod touch dan komputer Macintosh sejak Julai 2011 lagi.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=11&v=oVcGDDRMoWg&feature=emb_logo

Buat masa ini, tidak diketahui sama ada adakah semua model peranti Android akan menyokong ciri baru ini.

Walaubagaimanapun, bukan Google sahaja yang sedang membangunkan teknologi perkongsian fail seperti AirDrop.

Sebaliknya syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar lain juga seperti Samsung, Oppo, Vivo dan Xiaomi juga dilaporkan sedang membangunkan ciri perkongsian fail seakan AirDrop untuk telefon pintar keluaran mereka.