Ciri Pengesahan Biometrik Diyakini Lebih Selamat Berbanding Tetapan Kata Laluan

Majoriti pengguna percaya penggunaan teknologi pengesahan biometrik lebih selamat.


Berdasarkan kepada laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Yubico dan Institut Ponemon, para pengguna khususnya mereka yang terlibat dalam industri keselamatan teknologi maklumat percaya bahawa penggunaan teknologi biometrik sebagai ciri pengesahan adalah lebih selamat berbanding tetapan kata laluan yang digunakan sejak sekian lama.

Responden dari pihak sekuriti dan pengguna awam masing-masing 65% dan 53% percaya ciri pengesahan biometrik akan dapat meningkatkan keselamatan akaun atau organisasi.

Ia didedahkan dalam laporan mereka yang bertajuk "The 2020 State of Password and Authentication Security Behaviors Report".



Laporan itu adalah hasil daripada kaji selidik yang dijalankan oleh pihak Ponemon Institute LLC dengan tajaan Yubico.

Kaji selidik itu dijalankan di 5 buah negara utama iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis, Sweden dan Australia dengan melibatkan seramai 2,507 responden dari pakar teknologi maklumat serta seramai 563 pengguna awam.

Berkaitan