Ciri Mod Gelap Kini Dibawa Pada Aplikasi Gmail

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Google bakal menggunakan mod gelap menyeluruh pada aplikasi-aplikasi keluaran mereka sebelum Android Q yang stabil dilancarkan secara rasmi.

Aplikasi-aplikasi seperti Google App, Google Drive, Google Keep, Google Chrome dan lain-lain telah pun menerima ciri mod gelap.



Kini giliran aplikasi Gmail menerima ciri tersebut pada versi 2019.06.09 keatas, laporan dari Android Police menunjukkan beberapa imej rakaman skrin berkenaan penambahan terbaru itu.

Walaupunbegitu, 9to5google melaporkan aplikasi itu masih belum siap sepenuhnya dan mempunyai beberapa kelemahan, tetapi ia sama seperti aplikasi yang lain, menampilkan  pertukaran warna kepada warna gelap.

Secara keseluruhan, ciri mod gelap atau tema gelap ini sangat dinanti oleh pengguna kerana ia dikatakan mampu memberi penjagaan mata yang baik dan sekaligus menjimatkan penggunaan bateri.

Baca lagi - Google Chrome Untuk Android Kini Menyokong Mod Gelap, Ini Cara Untuk Aktifkannya

Sumber: Android Police, 9to5google