Ciri Mesej Dalam Aplikasi YouTube Akan Ditamatkan 18 September Ini

Kira-kira dua tahun yang lalu, YouTube telah memperkenalkan ciri pemesejan menerusi aplikasi mudah alih mereka.

Dibangunkan dengan tujuan memudahkan komunikasi, perkongsian video serta menggalakkan pengguna untuk sentiasa terus berada dalam aplikasi tersebut, ia bagaimanapun mungkin kurang mendapat sambutan dalam kalangan pengguna.

Menerusi laman YouTube Help, Google mengumumkan yang mana ciri tersebut bakal ditamatkan pada 18 September ini. Mesej pemberitahuan juga dipaparkan pada aplikasi YouTube.



Tanpa menyatakan sebarang alasan spesifik, keputusan itu diambil selepas membuat penilaian secara beterusan mengenai keutaamaan platform itu dan mereka juga akan memfokuskan kepada tambah baik perbualan awam.

Ciri pemesejan dalam aplikasi YouTube merupakan antara perkhidmatan yang bakal berkubur setelah Google mengambil langkah sama pada Google+, Google Allo, Google Trips dan dan Reader sebelum ini.

Sumber: YouTube