Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android vs iOS

Isu Kerentanan Pada Peranti Android Lebih Banyak Berbanding iPhone – Penyelidik

Diterbitkan Mac 15, 2022 ยท Dikemas kini Mac 15, 2022 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan telefon pintar dari Zimperium dalam Laporan Ancaman Global Telefon Pintar 2022 mendedahkan, secara umumnya, peranti pintar Android lebih banyak berdepan isu kerentanan berbanding iOS.

Zimperium menyatakan, sepanjang tahun lepas sebanyak 574 kerentanan telah dilaporkan ditemui pada sistem operasi Android.

Daripada jumlah itu, sebanyak 135 kerentanan tersebut menerima skor CVSS (Common Vulnerability Scoring System) lebih daripada 7.2 mata.

18 Daripada kerentanan itu pula dinilaikan sebagai kritikal.

Tetapi untuk peranti iOS pula, hanya sebanyak 357 kerentanan sahaja dilaporkan ditemui pada sistem peranti pintar Apple tersebut.

Malah daripada jumlah itu, hanya sejumlah 63 kerentanan sahaja yang menerima skor CVSS lebih daripada 7.2 mata.

Walaubagaimanapun daripada jumlah itu, sebanyak 45 darinya dinilaikan sebagai kritikal.

Hasil analisis Zimperium juga mendapati, aplikasi-aplikasi popular dalam kategori perbankan, kesihatan, peruncitan dan gaya hidup adalah yang paling banyak alami isu kerentanan untuk peranti pintar mudah alih.

Screen Shot 2022-03-15 at 15.47.02

Sumber: Zimperium

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY