Ciri Jemputan Permainan Di Facebook Akan Ditamatkan

Farmville, Cafe World, Zynga Poker dan beberapa yang lain merupakan permainan yang cukup popular beberapa tahun lepas. Anda tentu masih ingat dengan puluhan jemputan permainan yang dihantar daripada rakan sama ada untuk mengajak anda bermain sekali ataupun mereka sekadar mahukan ganjaran sahaja.

Ciri itu bakal ditamatkan oleh Facebook dan pengumumannya sudah dibuat melalui blog rasmi mereka Sabtu yang lepas. Menurut gergasi media sosial berkenaan, ciri jemputan permainan yang digunakan oleh pihak ketiga akan dihapuskan sepenuhnya pada 6 Februari tahun hadapan.

Jemputan permainan memainkan peranan penting diawal perjalanan Facebook sebagai platform media sosial suatu ketika dahulu. Hal ini kerana, pada waktu itu pengguna gemar meluangkan masa bermain permainan yang disediakan oleh pihak ketiga.

Sumber: Facebook Blog