Ciri Instagram Live Dinaik Taraf, Tambah Rakan Ketika Bersiaran Langsung

Ciri Instagram Live merupakan satu fungsi perkongsian video secara siaran langsung yang telah diperkenalkan platform media sosial itu November 2016 yang lepas.

Bermula minggu yang lalu, Instagram telah mengumumkan satu fungsi baru pada ciri Live tersebut iaitu sokongan menambah rakan ketika sedang bersiaran langsung.

Sebelum ini ciri Live hanya menyiarkan siaran langsung terhad kepada satu pengguna akaun sahaja , tetapi dengan adanya fungsi menambah rakan ini...

  • anda boleh menambah pengguna akaun lain untuk bersiaran langsung secara mudah pada bila-bila masa sahaja, dan

  • gantikan dengan rakan yang lain (satu siaran langsung hanya menyokong dua orang sahaja).


Untuk makluman semua, sokongan menambah rakan untuk bersiaran langsung ini masih lagi dalam peringkat ujian dan ia dijalankan pada sebilangan kecil pengguna.

Dijadualkan kemaskini ciri ini bakal menemui pengguna seluruh dunia dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.

Sumber: Instagram