Ciri Imbasan Cap Jari Galaxy A50 Dikatakan Bermasalah Selepas Kemaskini Firmware

Samsung Galaxy A50 merupakan salah satu penawaran yang mendapat perhatian ramai dalam siri Galaxy A. Menyediakan ciri imbasan cap jari untuk keselamatan peranti, kini perkhabaran terbaru menyatakan fungsi tersebut tidak berjalan normal selepas dikemaskini.

Dua kemaskini yang dikatakan membawa masalah tersebut adalah versi A505FNXXS3ASK9 dan A505FDDS3ASK8, dimana ia sepatutnya menambahbaik prestasi fungsi itu tetapi isu sebaliknya berlaku.

Dikatakan, selepas mengemaskini peranti pada versi firmware diatas, terdapat arahan untuk memdaftar semula cap jari tetapi ketika proses daftar semula itu dibuat beberapa masalah timbul.

Buat masa sekarang, pengguna yang sudah mengemaskini kepada dua versi firmware tersebut disarankan supaya tidak memadam daftar cap jari lama dan terus menggunakannya sementara menunggu kemaskini baik pulih dari pihak pengeluar.

Sumber: SamMobile