Ciri DeX Pada Samsung Galaxy Note 9 Lebih Baik Dari Keluaran Lepas

Pertama kali diperkenalkan pada model Samsung S8 dan Note 8, ciri DeX memberikan pengalaman baru dalam menggunakan peranti pintar.

Anda boleh mengubah peranti Samsung menjadi sebuah "komputer" melalui sambungan kepada dock.



Namun kini, pengguna tidak perlu lagi menggunakan perkakasan berkenan dimana, ciri DeX dapat diaktifkan menerusi sambungan penyesuai HDMI kepada port USB-C.



Fungsi DeX masih sama, cuma sambungan saja berbeza. Note 9 yang bersambung pada paparan yang lebih besar boleh dijadikan sebagai pad sesentuh dan jugak papan kekunci maya.

Dengan penambahbaikan ini, pengguna yang bekerja diluar pejabat tidak perlu bersusah payah membawa aksesori tambahan, cukup hanya kabel penyesuai.