Ciri - ciri "Powerbank" Tiruan & Cara Untuk Mengenalpastinya

Seiring dengan perkembangan teknologi telefon pintar, penggunaan bank kuasa sebagai bekalan tambahan boleh dikatan sebagai satu keperluan mutakhir ini.

Sama seperti peranti pintar, peranti ini juga tidak terlepas menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab untuk menghasilkan peranti bank kuasa tiruan. Walaupun kelihatan serupa namun hakikat kualitinya sangat jauh berbeza berbanding dengan yang asli. Apa yang lebih malang lagi, pengguna yang tertipu dengan peranti tiruan ini juga berkemungkinan berhadapan dengan risiko peranti meletup.

Berikut kami kongsikan cara - cara untuk mengenalpasti bank kuasa jenis tiruan.

  1. Powerbank tiruan cepat rosak, sehinggakan ada yang baru sahaja dibeli seminggu sudah tidak dapat digunakan lagi. Cas tidak masuk sekiranya disambungan ke peranti lain.

  2. Berpotensi tinggi untuk meletup, apatah lagi sekiranya dibawa bersama dalam penerbangan.

  3. Powerbank yang dicas penuh tidak selari dengan kandungan kuasanya, kadang - kadang cas tidak mencukupi untuk mengecas penuh satu peranti.

  4. tempoh masa cas pengisian terlalu lama, sehingga ada yang mengambil masa lebih 24 jam

  5. Jaminan peranti yang diberikan terlalu singkat iaitu dalam 3-4 bulan sahaja.

  6. Sekiranya anda membuka casing peranti tersebut apa yang anda dapati mungkin bateri berpasir ataupun plat besi yang dilekatkan untuk membuat peranti tersebut berasa berat.


Untuk mengelak daripada ditipu pastikan anda ikuti tips - tips berikut.

  1. Hati - hati sekiranya harga yang ditawarkan terlalu murah. pastikan anda membuat perbandingan terlebih dahulu harganya secara atas talian

  2. Pastikan jaminan yang diberikan sekurang - kurangnya 1 tahun.

  3. Pastikan ada kad jaminan atau resit pembelian daripada penjual untuk memudahkan anda membuat tuntutan sekiranya peranti mengalami masalah dikemudian hari.

  4. Pastikan penjual menulis tarikh jaminan bermua daripada tempoh pembelian

  5. Pastikan penjual mempunyai kedai yang berdaftar dengan SSM, sekiranya membeli diatas talian, pastikan akaun bank yang diberikan berdaftar atas nama syarikat bukannya persendirian.


Manakala untuk ban kuasa jenis Pineng, anda boleh menyemak sama ada ianya asli atupun tidak dengan mesaukkan kod sirinya pada laman sesawang berikut

https://pineng.com.my/Product-Verification



 

Adalah lebih baik bersikap teliti ketika membuat sesautu keputusan untuk membeli daripada menyesal dikemudian hari. Itilah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan