Ciri Baru Yang Akan Dibangunkan WhatsApp Ini Bakal Digemari Pengguna

Berdasarkan kepada perkongsian oleh laman WABetaInfo, mereka mendakwa menemui ciri terbaru yang akan menjadi salah satu ciri utama aplikasi WhatsApp.

Ciri yang dikenali sebagai Expiring media itu dikatakan akan membolehkan pengguna menghantar foto, video atau GIF yang akan terpadam dengan sendirinya selepas ia dilihat oleh si penerima.

Walaubagaimanapun, ciri baru ini masih belum ada ditawarkan pada pengguna WhatsApp versi beta.

Tetapi ciri baru itu ada dikesan dalam fail pemasangan aplikasi tersebut yang memberikan gambaran bahawa WhatsApp akan membangunkannya.

Ciri pemadaman media automatik ini mungkin akan menyerupai ciri mesej terpadam sendiri yang ada ketika ini.

Tetapi info lanjut tentang ciri itu masih lagi belum diketahui seperti adakah media akan terpadam dengan sendiri selepas ia dibuka atau media akan terpadam sendiri pada waktu tertentu yang boleh ditetapkan oleh penghantar.