Ciri Baru Facebook Membolehkan Anda Berbual Dengan Orang Tidak Dikenali

Facebook bakal melancarkan ciri baru yang membolehkan anda berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali dengan pelbagai topik. Ciri baru ini bakal dinamakan sebagai 'Rooms' yang akan dipamerkan untuk beberapa orang yang terpilih di negara yang terpilih sebagai satu tempoh percubaan. Ianya akan menggunakan Messenger sebagai medium untuk mengetengahkan ciri baru dari Facebook ini. Rooms akan mempamerkan ciri "bulletin board-style" atau "real-time messaging". Dalam pengetahuan Wiser.my, ianya berfungsi seakan-akan seseorang membuka satu topik di dalam laman 'Rooms' dan dapat disertai oleh seluruh pengguna dari Facebook walaupun orang yang tidak dikenali. Mungkin seperti debat atau mesyuarat.

Beberapa laporan mengatakan Messenger Rooms ini akan bermula di Australia dan Kanada. Tiada lagi pengesahan dari Facebook tentang tarikh sebenar ianya akan tampil untuk pengguna di seluruh dunia. Drew Moxon salah seorang Pengurus Kanan Facebook berkata "Messenger Rooms akan memberi peluang kepada pengguna untuk berbincang mengenai sesuatu topik bersama pengguna Facebook lain yang juga berminat tentang topik itu. Ianya bukan sahaja bersama keluarga dan rakan di Facebook, malah ianya terbuka kepada semua pengguna Facebook"

Kepada yang belum tahu, Facebook Messenger kini mempunyai ruang untuk pengguna berkomunikasi secara sulit. Messenger Rooms mungkin akan tampil dengan ciri yang sama, seperti pengguna yang mahu memasuki ruang di Rooms perlukan kata kunci. Pihak Facebook setakat ini masih belum mengesahkan tarikh sebenar ciri ini akan tampil di laman mereka kerana ciri ini masih di dalam fasa 'development'.