Cip SoC Xiaomi, Surge S2 Mungkin Akan Menemui Pasaran Di MWC 2018

Xiaomi antara pengeluar peranti telefon pintar terbesar di dunia juga tidak ketinggalan menghasilkan cip pemprosesan mereka tersendiri. Cip SoC Xiaomi, Surge S1 telah digunakan oleh peranti Xiaomi Mi 5C kira-kira hampir setahun yang lepas.

Kini muncul khabar angin yang Xiaomi mungkin akan meneruskan penghasilan cip SoC generasi kedua mereka yang diberi nama Surge S2.

Kapsyen: Spesifikasi Surge S1


Khabar angin ini hadir bersama spesifikasi yang dikatakan akan mengiringi cip terbaru itu. Cip ini dikatakan akan menggunakan 8 teras dan akan dihasilkan menggunakan teknologi fabrikasi 16nm oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC).

4 teras utama Cortex A73 dikunci kelajuan jamnya pada 2.2 GHz dan 4 teras A53 akan dikunci pada 1.8 GHz kelajuan jam. Untuk cip grafik pula, Xiaomi mungkin masih menggunakan cip Mali G71 MP8 bersama-sama UFS 2.1. Cip ini dikatakan akan menyokong jenis RAM LDDR4.

Persoalan seterusnya yang bermain adalah peranti manakah yang akan menggunakan cip Xiaomi ini. Tekaan mudah sudah pasti peranti Xiaomi Mi 6C tetapi ada cakap-cakap yang Xiaomi Mi 6X akan menggunakan cip ini terlebih dahulu.

Xiaomi sedang mempersiapkan diri bagi menghadapi suku tahunan kedua mereka yang sibuk dimana peranti utama mereka Xiaomi Mi 7 besar kemungkinan akan dilancarkan pada bulan April ini.