Cip Samsung Exynos Grafik Dari AMD Mungkin Diumumkan Seawal Tahun Hadapan


Cip Exynos dari Samsung sejak kebelakangan ni menerima maklum balas sedikit mengecewakan disebabkan prestasi yang kurang kompetitif berbanding Qualcomm Snapdragon.





Dengan pelancaran Galaxy S21 beberapa bulan lagi, sudah tentu Samsung bertungkus lumus membangunkan cip yang lebih berkuasa untuk digunakan dalam telefon mercu mereka.





Maklumat terbaharu mengenai cip Exynos, dikatakan Samsung sedang membangunkan 2 cip berprestasi tinggi iaitu Exynos 9855 dan Exynos 9925.





Exynos 9855 ini akan dimuatkan pada Galaxy S22, manakala yang lebih menarik adalah Exynos 9925 yang dilengkapi dengan grafik dari AMD.





Menurut Ice Universe, untuk Exynos 9925, ia akan diumumkan jangkaan pada tahun 2023. Namun, terdapat beberapa laporan yang mengatakan kita mungkin boleh melihat ia muncul seawal tahun hadapan.





Untuk Galaxy S21 tahun hadapan, cip Exynos yang akan dimuatkan adalah dari Exynos 2100 dan merupakan pengganti Exynos 990.





Cip ini pada ujian ukur aras awal mendapati ia pada pembangunan yang baik namun jika Snapdragon 875 lebih berkuasa, sudah tentu kitaran yang sama akan berulang kembali.





Sumber: Ice Universe