Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini 5 CPU Terbaik Daripada AMD

Cip Pertengahan Ryzen Siri 7000 ‘Tapau’ Cip Intel Core i9-12900K

Diterbitkan Ogos 3, 2022 oleh Firdaus

AMD Ryzen 5 7600X merupakan salah satu cip dalam siri generasi seterusnya siri AMD Ryzen 7000. Berdasarkan laman sesawang Userbenchmark, cip 6 teras ini mempunyai base clock 4.4Ghz dan turbo clock 4.95Ghz.

Screenshot 2022-08-03 101845
Sumber: Userbenchmark

Dengan base clock melebihi 4.0GHz, Ryzen 5 7600X mempunyai prestasi dan frekuensi yang lebih tinggi berbanding pendahulunya sebelum ini.

Cip Pertengahan Ryzen Siri 7000 ‘Tapau’ Cip Intel Core i9-12900K
Ryzen 5 5600X vs Ryzen 5 7600X

Walau bagaimanapun, Userbenchmark bukanlah satu perisian ideal dalam membanding prestasi cip 7600X ini dengan SKU 5600X.

Di samping itu, anda boleh melihat prestasi teras tunggal Ryzen 5 7600X 243 mata atau 22%  lebih tinggi berbanding cip berkuasa Intel Core i9-12900K.

Menariknya, kita semua tahu bahawa Ryzen 5 merupakan cip pemprosesan kelas pertengahan daripada AMD.

Berkemungkinan besar, kita sudah boleh membina sebuah PC yang sangat berkuasa dengan hanya menggunakan cip kelas pertengahan sahaja tanpa perlu melabur duit yang banyak untuk mendapatkan cip paling berkuasa.

Dan ini merupakan carta perbandingan yang telah dibuat oleh @harukaze5719.

Cip Pertengahan Ryzen Siri 7000 ‘Tapau’ Cip Intel Core i9-12900K

Walaupun Ryzen 5 7600X ini dibina berasaskan seni bina Zen4 (Raphael), tetapi cip tersebut mempunyai bilangan teras dan bebenang yang sama dengan pendahulunya, Ryzen 5 5600X yang berasaskan Zen3 (Vermeer).

Sumber: Userbenchmark, videocardz

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY