Cip Pemprosesan Apple A13 Bionic Jauh Mengatasi Prestasi Snapdragon 855+

Berdasarkan keputusan ujian Geekbench.


Apple dalam acara mereka yang berlangsung semalam telah pun memperkenalkan barisan model terbaru iPhone 11 iaitu iPhone 11, II Pro dan 11 Pro Max.

Ketiga-tiga model terbaru ini dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru Apple A13 Bionic yang diuar-uarkan Apple sebagai cip pemprosesan paling berkuasa yang dimuatkan pada mana-mana model telefon pintar yang dipasaran ketika ini.

Apa yang diuar-uarkan Apple itu mungkin ada benarnya berdasarkan kepada ujian Geekbench yang mendedahkan prestasi cip Apple tersebut. Apple A13 Bionic itu didapati mencapai nilai skor sehingga 5472 bagi single score dan skor setinggi 13769 bagi multi-core.

Kapsyen: 4G RAM yang dipaparkan di sini dipercayai digunakan pada model iPhone 11. Manakala iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max memiliki RAM berkapasiti 6GB. Kredit: Geekbench


Daripada hasil keputusan skor tersebut, cip iPhone terbaru ini sememangnya jauh lebih berkuasa daripada cip pemrposesan SnapDragon 855+. Sebagai perbandingan, SnapDragon 855+ hanya mencapai skor 3623 bagi single scoreĀ dan 11,365 bagi skor multi-core.

Selain berprestasi tinggi, Apple juga mendakwa cip A13 Bionic mereka ini adalah 20% lebih pantas dan 30% lebih efisyen berbanding cip yang dibangunkan mereka sebelum ini. Malah kuasa grafiknya juga dipertingkatkan sehingga 20% serta 40% lebih jimat tenaga.

Walaubagaimanapun, buat masa ini belum dapat dibandingkan dengan Kirin 990 5G keran masih belum ada keputusan rasmi skor prestasi bagi cip dari Huawei itu yang baru juga dilancarkan bulan ini.