
Menurut Huawei, bukan sahaja ia merupakan cip Kirin paling berkuasa, malah turut lebih berkuasa jika dibandingkan dengan Snapdragon 865+.
Terlebih dahulu, ini adalah merupakan cip 5nm dan merupakan cip kedua selepas Apple A14 dengan binaan proses sekecil ini.

Dari segi CPU, Kirin 9000 adalah dari 8 teras dengan 1 teras prestasi Cortex-A77 (3.13GHz), 3 teras Cortex-A77 utama (2.54GHz), dan 4 teras jimat tenaga Cortex-A55 (2.05GHz).
Untuk GPU pula, Huawei menyertakan sebanyak 24 teras dari pemproses grafik Mali-G78. Manakala untuk NPU pula 3 teras - 2 teras besar dan 1 teras kecil.

Huawei turut membuat perbandingan di mana prestasi CPU adalah 10% lebih pantas dan GPU sehingga 52% lebih pantas dari Snapdragon 865+.

Kirin 9000 juga disertakan dengan modem 5G terbina Balong 5000. Cip ini menyokong sehingga 6.5Gbps muat turun dan kedua-dua teknologi 5G, sub-6GHz dan mmWave.

Huawei turut memperkenalkan Kirin 9000E yang merupakan varian kurang berkuasa diletakkan dalam Mate 40. Bezanya, ia menggunakan hanya 22 teras grafik dan teras NPU hanya 2 sahaja.
Walaupun Huawei mencanang-canangkan kepantasan Kirin 9000 ini, perlu diingatkan ia hanyalah sekadar kepantasan yang diperah dari Cortex-A78.
Sedangkan Snapdragon 875 yang akan diumumkan hanya beberapa bulan lagi sudah sedia maklum akan menggunakan Cortex-A78 yang lebih pantas.
Buat masa ini, Kirin 9000 mungkin cip paling berkuasa, namun dalam masa beberapa bulan lagi, sudah tentu Snapdragon akan menguburkan mereka.
Berkaitan
- Ini Senarai Model Telefon Huawei Dan HONOR Yang Boleh Menjalankan Harmony OS
- OPPO Ace2 Dilancarkan - Snapdragon 865, Pengecasan Tanpa Wayar 40W, Harga Bermula Sekitar RM2454
- Reaksi Awal Huawei P50 Pro - Rupa Beza, DNA Sama
- Asphalt 9: Legends Kini Tambah Sehingga 240 Telefon Android Untuk Ciri 60 FPS
- Sony Dan Omnivision Syarikat Seterusnya Diberikan Lesen Untuk Berurus Niaga Sensor Kamera Kepada Huawei
- Model Baharu Amazfit Bip S Membawakan Ketahanan Bateri Sehingga 40 Hari
- HONOR V40 Dijangka Jadi Telefon Pertama Dengan Servis Google Selepas Dijual Huawei
- [Ulasan] Huawei MateBook X Pro 2020 - Laptop Premium Huawei Berharga RM7,999
- Pengeluaran Telefon Pintar Huawei Dijangka Terus Menjunam Untuk Tahun 2021
- Nvidia Ambil Alih ARM Dengan Urus Niaga Bernilai $40 Billion