Cip Exynos 9820 Diperkenalkan Secara Rasmi, Hadir Dengan NPU

Akhirnya, sistem cip pemprosesan dengan NPU pertama dari Exynos telah pun dilancarkan. Samsung sebentar tadi telah memperkenalkan secara rasmi pemproses Exynos 9820 dan Galaxy S10 bakal menjadi yang pertama menggunakannya.

Sistem cip berkenaan hadir dengan lapan teras iaitu 2 teras utama(Gen-4), 2 teras Cortex-A75 dan 4 teras Cortex-A55. Ia turut disokong oleh unit pemprosesan grafik(GPU) ARM Mali G76 MP12. Bagaimanapun, ia menggunakan proses 8nm LPP FinFET dan bukannya 7nm seperti Kirin 980 dan A12 Bionic.

Kapsyen: Kredit: Android Beat


Dengan sokongan cip NPU, Exynos 9820 ini dilaporkan mampu menjalankan tugasan berteraskan AI 7 kali lebih pantas berbanding Exynos 9810. Sistem cip ini juga diciptakan khas bagi bersaing dengan Kirin 980 dan Snapdragon 8150 yang masih belum dilancarkan.

Tambahan lagi, cip pemprosesan ini membantu dalam mengekalkan daya tahan bateri peranti ke tahap lebih baik apabila dikatakan menggunakan 10% kurang tenaga berbanding Exynos 9810. Ia juga membolehkan rakaman video pada kualiti 8K/30fps dilakukan.

Berita ini menyebabkan Samsung Galaxy S10 sebuah telefon pintar yang akan ditunggu-tunggu ramai. Mungkinkah siri Galaxy S juga akan dipilih menjadi model pertama menggunakan cip Snapdragon baru sekali lagi? Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber: SAMSUNG