Cip Coffee Lake Generasi Ke-9 Menyaksikan Cip Intel Untuk Kebanyakkan Platfom Pengguna

Intel baru sahaja mengumumkan cip pemprosesan generasi ke-9 mereka dalam bentuk Core™ dan Corex-X™ yang mengemaskini tawaran mereka kepada pasaran pengguna kebanyakkan dan sistem berprestasi tinggi (HEDT).



Siri Intel® Core™

Untuk pasaran kebanyakkan, Intel® Core i9-9900K, Core™ i7-9700K dan Core™ i5-9600K disasarkan untuk pengguna desktop, menawarkan cip dengan kiraan teras sehingga 8 teras dan 16 bebenang. Cip ini masih boleh digunakan bersama-sama chipset siri 300 atau Z390 yang terbaru. Intel juga mengembalikan Solder Thermal Interface Material (STIM) yang dijangka memberikan rekaan haba yang lebih tinggi kepada rangkaian cip pemprosesan mereka.



  • 16 bebenang, 5.0GHz, 16 MB cache dan 40 saluran PCIe (16 CPU + 24 PCH)

  • menyokong memori Optane™ dan Intel® Optane™ SSD

  • menyokong Thunderbolt 3, USB 3.1 gen 2


Intel® Core™ i9-9900K

Cip flagship untuk generasi ke-9 ini akan dilengkapi memori L3 berkapasiti 16 MB dan cip grafik Intel® UHD 620. Untuk clockspeed pula, i9-9900K akan dikunci pada 3.6GHz dari dalam kotak dan boleh naik sehingga 5.0GHz untuk teras tunggal atau dual coreClockspeed untuk semua teras pula akan dibolehkan sehingga 4.8GHz.







































SKU Teras\Bebenang Clockspeed asas Boost clockspeed Cache TDP Harga
Core i9-9900K 8\16 3.6GHz 5.0 GHz (1/2 Core) 4.8GHz (4 Core) 4.7GHz (6/8 Core) 16MB 95W $488
Core i7-9700K 8\8 3.6GHz 4.9GHz (1/2 Core) 4.8GHz (2 Core) 4.7GHz (4 Core) 4.6GHz (6/8 Core) 12MB 95W $374
Core i5-9600K 6\6 3.7GHz 4.6GHz (1 Core) 4.5 GHz (2 Core) 4.4 GHz (4 Core) 4.3GHz (6 Core) 9MB 95W $262

https://youtu.be/HMylFsHb-FI