CIMB Tap n Pay Membolehkan Pengguna Android Terima Bayaran Dari Kad Debit

CIMB Group kali ini mempertaruhkan penawaran CIMB Tap n Pay untuk dimuat turun para peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ia dilihat sebagai satu jalan penyelesaian pembayaran yang memproses urus niaga kad debit mengguna peranti mudah alih Android.

Kerjasama bersama PayNet ini membolehkan pengguna mempunyai akses kepada pembayaran digital yang lebih mudah dan lancar untuk keperluan pembangunan mereka di masa hadapan.

Peter Schiesser selaku CEO kumpulan PayNet dalam kenyataannya di Bernama menyifatkan bahawa mereka melihat ada potensi kepada pengurangan kos yang ketara dan akses yang lebih baik kepada peniaga untuk menerima pembayaran melalui kad.

Penjaja dan peniaga pasar malam misalnya boleh melakukan urus niaga tanpa tunai dengan hanya menggunakan telefon pintar mereka, ia tampak lebih kukuh bagi menyokong pertumbuhan kumpulan ini.

CIMB Tap n Pay ini boleh dimuat turun di peranti mudah alih Android dan boleh digunakan untuk semua transaksi MyDebit di bawah RM 250.

Sumber: Bernama