Seterusnya, tular pula di Whatsapp mengenai transaksi tersebut yang dikaitkan dengan aplikasi Zoom. Kini, CIMB dalam satu kenyataan menafikan kaitan transaksi tersebut dengan aplikasi Zoom dan menjelaskan tiada aktiviti yang mencurigakan berlaku pada platform tersebut.
Berdasarkan kenyataan tersebut, CIMB turut menyatakan operasi yang dilakukan adalah mengikut garis panduan keselamatan yang ketat dan mematuhi semua keperluan pengawalseliaan, perundangan, pematuhan dan risiko.
Keselamatan dana pelanggan dan urusniaga perbankan dalam talian menjadi keutamaan pihak CIMB untuk memastikan semua urus niaga perbankan kekal selamat kepada pelanggan.
Dalam pada itu, orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan aplikasi ‘Video Tele-Conferencing’ (VTC) yang tidak mempunyai ciri keselamatan. Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk memilih platform VTC yang selamat untuk digunakan.
Pihak CyberSecurity Malaysia (MyCert) turut mengesyorkan garis panduan kepada pengguna untuk memilih platform VTC yang selamat.
Sekiranya anda mahukan kepastian sesuatu khabar angin yang tular, tidak kira di aplikasi WhatsApp mahupun media sosial boleh kunjungi Sebenarnya.my
Berkaitan
- Pengaktifan Secure2u, Peranti Baharu Perlu Dibuat Di ATM Maybank Bermula 31 Oktober
- Aplikasi GO, Perbankan Internet Bank Islam Sedang Alami Gangguan Perkhidmatan
- Mulai 19 Mac, Pengguna CIMB Perlu Pengesahan SecureTAC Untuk Transaksi FPX Lebih RM100
- Maybank: Tiada Caj DuitNow QR Dikenakan Kepada Peniaga Buat Masa Ini
- Beberapa Perkhidmatan Bank Islam Akan Tergendala Sementara Tengah Malam Ini
- BNM: Tiada Perancangan Untuk Keluarkan Mata Wang Digital Bank Pusat Dalam Masa Terdekat
- Maybank: Pemindahan Ke Akaun 'Favourite' Kini Perlu Pengesahan Secure2u
- Maybank Lanjutkan Waktu Operasi Cawangan Untuk Urusan Berkaitan Aplikasi MAE
- Aplikasi CIMBClicks Dan MAE Ada Masalah Teknikal Untuk Kongsi Resit Pembayaran Melalui WhatsApp
- Xiaomi Bakal Lancar MIUI 12 Dan Mi 10 Youth Dengan 50x Zoom 27 April Ini