Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Chromecast Baharu Google Kini Hadir Dengan Antara Muka Google TV

Chromecast Baharu Google Kini Hadir Dengan Antara Muka Google TV

Diterbitkan Oktober 1, 2020 oleh Meor Hasyim

Chromecast merupakan dongle yang dicucuk ke TV untuk memaparkan kandungan dalam telefon pintar. Google hari ini telah melancarkan produk Chromecast terbaharu mereka iaitu Chromecast with Google TV.

Perbezaan dengan Chromecast sebelum ini adalah Chromecast kali ini hadir dengan antara muka tersendiri serta alat kawalan jauh.

Dari segi rekaan tidak banyak berbeza. Ia menggunakan sambungan HDMI untuk disambungkan ke TV dan boleh juga melalui USB-C.

Google announces new Chromecast with Google TV for $50

Dalaman juga telah dinaik taraf. Kini ia menyokong resolusi 4K pada 60Hz serta sokongan Dolby Vision, HDR10+, dan HDR10.

Alat kawalan jauh yang disertakan pula mempunyai butang akses pantas untuk Google Assistant, YouTube, dan Netflix.

Google TV

Google TV merupakan antara muka baharu yang dibina berasaskan dari Android TV. Google TV ini juga unik kepada Google dan Chromecast sahaja, bermakna pengeluar lain tidak boleh melancarkan TV dengan perisian ini.

gsmarena_001 (1)

Di dalamnya juga terbinanya Google Assistant, YouTube TV. kamera dan loceng pintu dari Nest.

Chromecast with Google TV ini dijual berharga $49 di Amerika Syarikat iaitu sekitar RM203.

Sumber: Google

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY