Chrome Versi Beta Sudah Menambah Fungsi Senyapkan Video Autoplay

Pertama kali diumumkan pada Ogos lepas, fungsi senyapkan video autoplay kini telah terkandung dalam kemaskini Chrome 64.

Sudah pasti ramai dalam kalangan anda yang cukup meluat mendengar bunyi video autoplay yang dimainkan secara tiba-tiba. Dengan adanya fungsi baru itu, pengguna kini mempunyai lebih kuasa untuk mengawal bunyi video autoplay.

Cara untuk mengaktifkan fungsi tersebut sangat mudah. Anda hanya perlu tekan ikon "i" ataupun ikon yang berbentuk "mangga berwarna hijau" di bahagian URL.  Selepas itu, menu akan terpapar dan tekan mana-mana pilihan yang diberi.



Selain daripada fungsi senyap bunyi video autoplay, versi beta ini juga hadir dengan ciri menyekat iklan pop-up dan ciri keselamatan bagi menghindari laman web membawa pengguna ke halaman yang lain.

Versi stabil dijangka penawarannya kepada umum pada Januari hadapan dan bagi yang mahu memuat turun versi beta bolehlah layari ke laman Google ini.

Sumber: Google