Chrome Bakal Miliki Ciri Kawalan Privasi Yang Telah Diperkenalkan Apple Pada Safari 2 Tahun Lalu

Apple adalah firma pertama yang perkenalkan ciri penghalang kuki penjejak secara 'default' pada pelayar.


Google dilaporkan sedang menguji ciri yang dapat meningkatkan lagi privasi pengguna pelayar Chrome. Ciri tersebut akan membolehkan pengguna menghalang kesemua kuki pihak ketiga hanya dengan klik pada satu tetapan butang sahaja.

Google dilihat perlahan-lahan cuba menyaingi ciri kawalan privasi yang ada pada pelayar pesaingnya iaitu Safari yang dibangunkan Apple.

 

Sebelum ini iaitu pada 2 tahun lalu di WWDC 2017, Apple telah pun lebih dulu perkenalkan ciri yang dapat menyekat kuki penjejakan iklan yang dikenali sebagai Intelligent Tracking Prevention. Kemudian pada tahun 2018, Apple pertingkatkan lagi privasi pengguna pelayar Safari dengan perkenalkan pula ciri yang dapat menghalang kuki pihak ketiga dari laman sesawang yang dilawati secara default. 



"In Safari, enhanced Intelligent Tracking Prevention helps block social media “Like” or “Share” buttons and comment widgets from tracking users without permission. Safari now also presents simplified system information when users browse the web, preventing them from being tracked based on their system configuration."

 

Buat masa ini, ciri sepertimana yang sedia ada pada pelayar Safari masih dalam peringkat ujian yang dibuat Google ke atas pelayar Chrome Canary.

Bagi pengguna Chrome, ciri menghalang kuki pihak ketiga memang telah ada. Tetapi Google tidak mengaktifkannya secara default untuk pengguna mereka.

Sebaliknya, pengguna mereka perlu mengaktifkannya sendiri yang perlu diakses menerusi Settings > Advance > Privacy and security > Site settings > Cookies and site data > Block third-party cookies.



Sumber: Express