China Wujudkan Badan Penapisan Permainan Video Bagi Menangani Masalah Ketagihan

China secara aktif telah memulakan beberapa langkah bagi menyelesaikan masalah yang dialami oleh golongan muda negara tersebut. Terbaru, Online Game Ethics Comittee  ditubuhkan oleh kerajaan China yang bertujuan untuk menapis segala permainan video selepas ini supaya menjadi lebih 'sihat' dan bermanfaat kepada penduduk China.

Antara isu yang diutarakan adalah ketagihan permainan, seks, keganasan dan juga rabun dekat. Badan tersebut sudah melihat 20 permainan dan telah menyekat 9 daripadanya dan 11 lagi memerlukan pengubahan bagi mendapatkan kelulusan untuk dilepaskan ke pasaran.

South China Morning Post mendakwa kerajaan akan mewujudkan sistem perlesenan selepas ini yang akan menambah lagi masa untuk pembangun mendapatkan kelulusan untuk produk mereka. Proses kelulusan ini boleh mengambil masa sehingga beberapa bulan sebelum ditentukan oleh badan di atas mengenai kebenaran untuk menerbitkan permainan mereka ke pasaran.